Q&A

Apakah informasi yang saya harus sediakan untuk menggunakan sistem MANABAS?

Kami akan menyediakan borang aplikasi dan kami memerlukan beberapa maklumat seperti;
- Maklumat kenderaan,
- Laluan dan informasi geografi
- Berkenaan staf dan laluan (laluan bas, jadual dan kekerapan perjalanan)
- lokasi kesemua hentian bas yang terlibat.

Boleh kami sediakan GTFS data?

Kami alu-alukan GTFS data, dimana ia digunakan untuk sistem Google Map Transfer Guide.
Kami akan menyediakn bayaran separuh harga untuk yuran pendaftaran data.

Adakah sistem ini mempunyai fungsi lebih dari satu bahasa?

Ya. Fungsi bahasa lain sudah termasuk di dalam senarai harga. Anda hanya perlu menyediakan info yang berkaitan dengan bahasa yang dikehendaki seperti nama hentian bas, nama jalan dan lain-lain. Buat masa ini, sistem kami terdapat dalam 3 bahasa iaitu bahasa inggeris, bahasa mandarin dan bahasa korea.

Berapa lama tempoh yang diperlukan untuk pemasangan sistem bagi 20 bas ?

Tempoh masa yang sesuai adalah lebih kurang 1.5 bulan, namun ia nya bergantung kepada situasi. Segera hubungi kami sekiranya anda perlukan pemasangan segera.

Sekiranya kami inginkan fungsi yang istimewa seperti sistem sintesis pertuturan?

Penambahbaikan dan pembangunan sistem diperlukan untuk fungsi yang berlainan. Segera hubungi kami untuk berbincang dengan lebih lanjut.

Adakah terdapat peranti lain selain telefon pintar untuk sistem lokasi.

Kami juga boleh sediakan peranti selain telefon pintar. Namun harga peranti telefon pintar adalah termurah berbanding peranti lain. Segera hubungi kami untuk berbincang dengan lebih lanjut.

Dalam keadaan cuaca panas dan dibawah terik cahaya matahari, keadaan suhu didalam bas boleh menjadi sangat panas. Adakah peranti telefon pintar boleh tahan didalam keadaan yang panas?

Ketahanan telefon pintar bergantung kepada jenama telefon. Aplikasi kami direka hanya untuk mendapatkan lokasi gps secara latar belakang dan hanya menggunakan kuasa bateri yang sedikit. Sekiranya perlu, kami akan sertakan dengan kipas penyejuk untuk membantu mengurangkan suhu peranti tersebut.

Tidakkah dengan membawa peranti telefon pintar hanya membebankan pemandu bas?

Sekiranya tetapan informasi dilakukan secara awal melalui skrin pengurusan, pemandu tidak perlu membuat sebarang perubahan di telefon pintar tersebut, bermakna pemandu hanya perlu membawa telefon pintar itu ke dalam bas. 

Adakah sistem ini boleh dipasangkan hanya untuk sebahagian perkhidmatan sahaja?

Sistem ini juga boleh dipasangkan hanya untuk satu laluan, satu bas atau satu bahagian perkhidmatan.

Adakah bayaran akan dikenakan untuk ujian?

Ya, kami mengenakan bayaran untuk ujian. Anda berpeluang untuk melihat reaksi dan mendengar pendapat pengguna bas sepanjang ujian sistem ini. Segera hubungi kami untuk berbincang dengan lebih lanjut.
Hubungi Kami