Sistem lokasi bas MANABAS membolehkan pengguna mengetahui lokasi bas yang ditunggu. Sistem ini bukan sahaja meningkatkan kualiti servis bas, bahkan meningkatkan mutu kepuasan pelanggan terhadap servis yang digunakan. Dengan sistem ini, ia membantu pengguna bas dalam merancang aktiviti harian seperti merancang waktu menunggu bas, secara tidak langsung mengurangkan kadar stress sewaktu menungggu sekiranya bas terlibat dalam kemalangan, bencana dan lain-lain. Operator bas juga dapat mengenalpasti lokasi bas dengan segera dan dapat menyalurkan informasi dengan tepat kepada pengguna.
MANABAS merupakan perkhidmatan 'cloud' yang dibangunkan secara dalaman dan sesuai untuk servis yang berskala kecil. Para jurutera kami yang mempunya pengalaman lebih 10 tahun membangunkan dan menambahbaik servis ini dari masa ke semasa. Sekiranya servis anda hanya menggunakan satu bas sekalipun, kami mampu memberikan servis terbaik dengan harga yang berpatutan. Walaupun hanya dengan sebulan langganan, kami akan berikan khidmat yang terbaik dan lancar bermula dari ujian, demonstrasi hingga ke penggunaan penuh.
MANABAS menyediakan skrin menu yang ringkas dan mesra pengguna untuk memberi kemudahana akses kepada setiap golongan dan lapisan termasuklah warga emas. Sistem ini mempunyai menu pelbagai bahasa supaya para pelancong juga tidak terlepas untuk menggunakan sistem ini.
Sistem ini berpautan dengan 'Google Maps Transfer Guide'. Hanya dengan mencari destinasi yang dituju, pengguna boleh melihat info bas secara terus termasuk tempoh perjalanan melalui kereta api, teksi, dan juga jalan kaki. Tambahan pula, pengurus bas boleh menggunakan 'Google Analytics' untuk analisis. Analisis ini mampu memberikan info berkaitan kekerapan pengguna, waktu laluan dan trafik pengguna. Selain itu, demografik yang dikumpul oleh 'Google Analytics' mampu memberikan perbandingan pengguna yang lebih jelas seperti jantina, umur dan lain-lain. Dengan ini, pengurus bas mampu lihat dengan lebih jelas bagaimana servis bas digunakan.
MANABAS dibangunkan dan beroperasi dengan menggunakan sepenuhnya
suasana sistem 'Cloud'. Berdasarkan permintaan dari pelbagai pengusaha bas, kami telah berjaya menyediakan servis yang mesra pengguna. Untuk tambahan, servis yang tidak berkaitan dengan lokasi bas juga kami boleh sediakan seperti penambahbaikan tugasan harian pengurusan, mengautomasikan tugas dan menyelesaikan isu-isu yang berkaitan teknologi maklumat dan bisnes.
MANABAS merupakan sistem yang menggunakan sistem 'cloud', yang membolehkan pengurusan bas mengurus bas dan menyediakan informasi serta merta dari mana-mana peranti seperti telefon pintar Android, iPhone, tablet dan juga komputer.